Kelas Softskill – Membuat Resume
6 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 Disember 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas iaitu membuat resume. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan kemahiran temuduga dan membuat resume berkenaan diri mereka.
Dalam kelas ini, pelajar didedahkan dan diajar cara untuk membuat resume bagi memohon pekerjaan selepas tamat persekolahan. Mereka dibimbing cara untuk membuat resume yang ringkas dan padat untuk memudahkan majikan membaca profil diri mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: